Pengguna lebuhraya GCE, AKLEH boleh bayar tol guna kad debit atau kredit

15 Sep 2023 • 3:14 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pengguna lebuhraya GCE, AKLEH boleh bayar tol guna kad debit atau kredit

diyana

15/09/2023 - 15:14

KUALA LUMPUR 15 Sept - Ujian perintis bagi sistem pembayaran terbuka (OPS), kutipan tol menggunakan kad debit, kad kredit atau kad prabayar, kini dijalankan di dua lebuh raya di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata alternatif pembayaran tol baharu itu tersedia kepada pengguna lebuh raya kenderaan Kelas 1 (kereta), di lorong khusus yang ditandakan dengan papan tanda gantri baharu.

image is not available
Datuk Mohammad Azlan Abdullah

“Sistem itu kini dilaksanakan di tiga plaza tol GCE — plaza tol Bukit Jelutong, plaza tol Elmina dan plaza tol Lagong, mulai 13 September 2023.

“Sementara itu, Plaza Tol Datuk Keramat di AKLEH telah menerima pembayaran tol baharu itu sejak 9 September.

“Satu lorong di setiap plaza tol dikhaskan untuk sistem dalam percubaan, mematuhi piawaian Lembaga Lebuhraya Malaysia (MHA),” lapor Bernama memetik satu kenyataan.

Sistem OPS adalah tambahan kepada kaedah pembayaran tol sedia ada seperti kad Touch ‘n Go, SmartTag dan Radio Frequency Identification (RFID), kata Mohammad Azlan.

Beliau berkata inisiatif tersebut akan memberikan lebih kemudahan dan fleksibiliti kepada pemandu dengan pelbagai pilihan pembayaran tol, yang akan menyumbang kepada peningkatan keseluruhan industri lebuh raya negara. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved