Lebuhraya Koridor Guthrie Kini Menguji Pembayaran Tol Melalui Kad Kredit Dan Debit

TechnologyDigital
15 Sep 2023 • 7:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebanyak 12 lebuhraya telah menyatakan akan melaksanakan ujian rintis sistem pembayaran terbuka pada bulan September ini, sekaligus membolehkan orang ramai melakukan pembayaran menggunakan kad kredit dan debit – sebagai alternatif kepada kad Touch n Go.

Terbaru, melaksanakannya adalah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) yang beroperasi dibawah Prolintas. Sebelum ini juga, Prolintas telah mengaktifkan secara berperingkat ciri sama di Lebuhraya AKLEH.

image is not available

Dengan langkah ini, pengguna yang terlupa melakukan tambah-nilai untuk kad TNG boleh terus membayar menggunakan kad debit atau kredit, sekaligus dijangka mengurangkan kesesakkan di plaza tol disebabkan masalah tambah-nilai.

Sebelum ini, pelbagai lebuhraya lain juga turut telah melakukan ujian rintis untuk sistem pembayaran terbuka ini, termasuk di SPRINT, DUKE, LDP, BESRAYA, MEX dan lain-lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved