Pengguna Maxis Mengalami Gangguan Rangkaian Telekomunikasi

TechnologyDigital
30 Jun 2022 • 10:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maxis kini nampaknya mengalami gangguan rangkaian telekomunikasi – membuatkan sejumlah pengguna menghadapi masalah untuk mengakses Internet. Ini sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan pelbagai aplikasi pada telefon pintar mereka. Di laman media sosial seperti Twitter misalnya ramai merungut peranti pintar mereka tidak boleh menggunakan rangkaian Internet dan panggilan telefon.

Bercakap mengenainya, Maxis mengatakan mereka sedia maklum bahawa pelanggan Maxis sedang mengalami gangguan perkhidmatan. Pasukan Maxis kini sedang berusaha untuk mengenal pasti dan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Maxis ucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana sabar dan memahami, dan serta memohon maaf atas segala kesulitan.

Kemaskini: Maxis kini menyatakan perkhidmatan mereka telah kembali beroperasi seperti biasa kembali.