Pengguna MYDigital ID Kini Boleh Tetapkan Semula Kata Laluan Dengan Lebih Mudah

LocalTechnology
11 Nov 2026 • 2:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini, pengguna MYDigital ID yang terlupa kata laluan perlu melalui proses pendaftaran semula bagi mendapatkan semula akses kepada akaun masing-masing. Keadaan itu mengundang rungutan kerana proses berkenaan dilihat agak rumit, terutama bagi mereka yang perlu berurusan dengan pelbagai perkhidmatan kerajaan dalam talian.

Image from: Pengguna MYDigital ID Kini Boleh Tetapkan Semula Kata Laluan Dengan Lebih Mudah

Menyedari keperluan tersebut, MYDigital ID telah mengemas kini aplikasinya dengan memperkenalkan fungsi Lupa Kata Laluan bagi memudahkan pengguna mendapatkan semula akses kepada akaun mereka. Proses berkenaan juga ringkas kerana pengguna hanya perlu memilih pilihan “Lupa Kata Laluan” atau “Forgot Password” pada bahagian tetapan di sebelah kanan, kemudian menjalani pengesahan eKYC sebelum menetapkan kata laluan baharu.

Image from: Pengguna MYDigital ID Kini Boleh Tetapkan Semula Kata Laluan Dengan Lebih Mudah

Bagi menggunakan fungsi ini, pengguna perlu memastikan aplikasi telah dikemas kini kepada versi terkini. Pengguna juga boleh mengaktifkan pengesahan biometrik bagi memudahkan proses log masuk tanpa perlu memasukkan kata laluan setiap kali mengakses aplikasi. Penambahan ciri ini bukan sahaja memudahkan proses mendapatkan semula akses ke akaun, malah memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Sumber : Facebook

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved