Pengguna NVIDIA GeForce Now versi percuma akan mula disajikan iklan bermula esok menurut laporan The Verge. Pelan percuma akan memaparkan iklan sehingga 2 minit ketika pengguna menanti giliran memulakan sesi penstriman permainan video.

Menurut NVIDIA, pengiklanan akan menanggung kos perkhidmatan percuma ini. Ia sekadar ditawarkan sebagai pelan percubaan bagi pelanggan yang belum bersedia untuk melakukan langganan pelan Priority dan Premium yang ditawarkan. Sebelum ini pengguna pelan percuma perlu menanti sebelum slot terbuka boleh digunakan.
Di Malaysia GeForce Now boleh dilanggan pada harga bermula RM30 sebulan ataupun RM300 setahun. Berdasarkan pengalaman peribadi mencuba GeForce Now sebelum ini ia perkhidmatan yang menarik tetapi keperluan internet sepanjang masa menjadikannya masih kuang ideal.
