Pengguna Percuma ChatGPT Kini Boleh Mencuba Model o1-mini

TechnologyDigital
18 Sep 2024 • 5:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada minggu lepas, pihak OpenAI telah memperkenalkan model kecerdasan buatan terbaru mereka dengan sokongan penaakulan lebih baik, dinamakan o1. Beberapa variasi diperkenalkan, termasuk o1-mini. Selepas diperkenalkan secara terhad kepada pengguna berbayar ChatGPT Plus, kini pihak OpenAI turut membolehkan pengguna percuma ChatGPT mencuba model baharu berkenaan.

image is not available

Akses kepada model o1-mini ditawarkan secara terhad, membolehkan anda bertanyakan beberapa perkara, sebelum ia kembali kepada model lain selepas habis had penggunaan harian. Seperti biasa, OpenAI mengalakkan pengguna untuk melanggan perkhidmatan berkenaan untuk meneruskan penggunaan model tersebut.

Model o1 dilihat menawarkan keupayaan penaakulan lebih baik, memberikan jawapan untuk pertanyaan lebih kompleks dan rumit, melibatkan sains, matematik, pengaturcaraan dan sebagainya. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran o1-mini ini melalui ChatGPT hari ini.