Pengguna Samsung Galaxy Watch 5 Di Malaysia Kini Boleh Guna Ciri Pemantauan Tekanan Darah Dan ECG

TechnologyDigital
30 Jan 2023 • 10:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Baru-baru ini, pihak Samsung telah pun menerima pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan, dalam menawarkan ciri tambahan untuk kesihatan – termasuk ECG dan juga pemantauan tekanan darah. Selari dengannya, kini Samsung Malaysia telah mula menawarkan kemaskini aplikasi Samsung Health Monitor Blood Pressure.

image is not available

Untuk menggunakannya, anda perlu menetapkan aplikasi Samsung Health Monitor pada telefon dan juga Galaxy Watch anda, seterusnya melakukan beberapa tetapan, sebelum mula melakukan penilaian.

Samsung menjayakan bacaan tambahan ini melalui sensor yang disertakan pada jam tangan pintar berkenaan, iaitu sensor Photoplethysmogram (PPG).

image is not available

Disamping kedua-duanya juga, jam tangan pintar Galaxy Watch turut boleh digunakan dalam menilai kompisisi tubuh yang baik – memperlihatkan peratusan lemak badan dan sebagainya kepada pengguna.

Bagi anda yang menggunakan jam tangan pintar Samsung – sama ada Galaxy Watch 5 atau Galaxy Watch 5 Pro, boleh mengemaskini aplikasi anda, dan menikmati ciri baharu ini hari ini.