Pengguna Threads Kini Boleh Menggunakan Meta AI Melalui DM

Technology
28 Jul 2026 • 12:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna Threads Kini Boleh Menggunakan Meta AI Melalui DM

Meta mula menawarkan sokongan Meta AI di Threads beberapa bulan lalu dan menerima maklum balas bahawa tidak semua pengguna berasa selesa berkomunikasi dengan AI secara terbuka. Hal ini kerana jawapan yang diberikan dipaparkan secara umum dan boleh dibaca oleh semua orang.

Sehubungan itu, Meta memperkenalkan pendekatan baharu yang lebih peribadi dan langsung dengan membolehkan pengguna berkomunikasi bersama Meta AI melalui mesej peribadi (DM) di Threads. Melalui sokongan ini, pengguna bukan sahaja dapat mengajukan pertanyaan mengenai kemas kini atau perbualan di Threads malah berpeluang mendapatkan konteks tambahan berhubung sesuatu topik serta maklumat lain yang relevan dan berguna.

Image from: Pengguna Threads Kini Boleh Menggunakan Meta AI Melalui DM

Perbualan yang dijalankan tidak akan dipaparkan di suapan umum sekali gus menjamin privasi pengguna. Selain itu, pengguna turut diberikan kawalan penuh untuk memadam atau membisukan akaun pada bila-bila masa mengikut keselesaan masing-masing. Dari segi penggunaan, prosesnya juga mudah dengan hanya perlu membuka ruangan DM, mencari Meta AI dan memulakan perbualan seperti biasa.

Buat masa ini, ciri tersebut sedang diuji di beberapa negara terpilih dan Meta berhasrat untuk terus menambah baik pengalaman ini sebelum diperluaskan kepada semua pengguna di peringkat global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved