Sesak teruk ke Shah Alam, lori terbalik di Kesas

27 Jul 2026 • 7:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sesak teruk ke Shah Alam, lori terbalik di Kesas

PETALING JAYA – Sebuah lori dilaporkan terbalik di Kilometer 29.60 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) arah Barat petang ini sehingga menyebabkan semua lorong terhalang dan aliran trafik sesak.

Kejadian itu dikongsikan pengguna Threads, @Nshuhada1, yang memaklumkan kemalangan tersebut mengakibatkan pengguna jalan raya menuju ke Shah Alam, Klang dan kawasan sekitarnya terpaksa menggunakan laluan alternatif.

“Lori terbalik di lebuh raya Kesas. Lalu jalan lain untuk sesiapa yang hendak menghala ke Shah Alam, Klang dan kawasan sekitarnya. Kepada sesiapa yang tersekat macam saya, bersabarlah,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kemas kini status trafik pada pukul 6.39 petang mengesahkan berlaku kemalangan di KM29.60 arah Barat.

Menurut LLM, semua lorong di lokasi berkenaan ditutup sementara bagi kerja-kerja pengalihan kenderaan, sekali gus menyebabkan kesesakan dari Hicom menghala ke Bandar Puteri.

Selain Kesas, beberapa lebuh raya utama di Lembah Klang turut dilaporkan mengalami trafik perlahan pada waktu puncak petang.

Seorang lagi pengguna Threads, @azminho, turut mendakwa kesesakan akibat kemalangan itu memanjang sehingga menghampiri plaza tol.

“Kesesakan trafik dilaporkan berlarutan sehingga ke kawasan plaza tol. Pengguna jalan raya yang menuju ke Klang menerusi Lebuhraya KESAS dinasihatkan supaya bersabar,” katanya.

Orang ramai turut dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan. – KOSMO! ONLINE

The post Sesak teruk ke Shah Alam, lori terbalik di Kesas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved