Pengguna TNG eWallet, Setel Dan CaltexGO Yang Telah Sahkan Identiti Boleh Isi Petrol Budi95 Tanpa Perlu Imbas MyKad Di Pam

LocalPersonal Finance
23 Sep 2025 • 10:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan pada minggu ini telah mula berkongsi berkenaan program subsidi petrol Budi95 yang akan dilaksanakan bermula penghujung bulan ini. Melaluinya, warganegara Malaysia dengan MyKad akan menikmati petrol pada harga RM1.99 seliter untuk sehingga 300 liter, setiap bulan.

Salah satu perkara yang merisaukan ramai adalah keperluan untuk mengimbas MyKad pada pam minyak dalam menikmati harga subsidi. Untuk makluman, pengguna turut boleh menggunakan berberapa alternatif, iaitu buat permulaan melalui tiga aplikasi.

image is not available

Tiga aplikasi berkenaan adalah TNG eWallet, Setel di Petronas, dan CaltexGo di Caltex. Sokongan untuk aplikasi Shell dijangka diperkenal dalam tempoh sekitar sebulan.

Pengguna aplikasi perlu melakukan pengesahan identiti dalam aplikasi, sekaligus memudahkan lagi proses isian minyak tanpa perlu mengeluarkan MyKad setiap kali untuk mengisi. Sementara pengguna yang melakukan tanpa aplikasi berkaitan akan perlu mengimbas MyKad pada pam minyak setiap kali untuk menikmati petrol pada harga subsidi.