Pengguna tuntut perlindungan diutamakan

LocalBusiness & Finance
6 Oct 2026 • 8:08 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengguna tuntut perlindungan diutamakan

KUALA TERENGGANU: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) berharap pembentangan Belanjawan 2027 memberi keutamaan lebih menyeluruh terhadap kesejahteraan dan perlindungan pengguna.

Perkara itu termasuklah menangani kos sara hidup, peluang pekerjaan, keselamatan transaksi digital serta isu ke­selamatan murid.

Naib Presiden Kebangsaan (Timur) MTPN, Datuk Mohd. Faiz Zulkifli berkata, cabaran yang dihadapi rakyat ketika ini tidak lagi terhad kepada kenaikan harga barangan, sebaliknya turut melibatkan kuasa beli, kestabilan ekonomi isi rumah dan kesejahteraan sosial.

Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan dasar dan peruntukan yang diumumkan bukan sahaja memberi bantuan jangka pendek kepada rakyat malah mampu meningkatkan daya tahan kewangan serta melindungi kepentingan pengguna dalam jangka panjang.

Katanya, isu kos sara hidup perlu terus menjadi antara keutamaan kerana peningkatan kos makanan, perumahan, pengangkutan, pendidikan dan keperluan harian memberi kesan langsung kepada kemampuan rakyat.

“MTPN berharap selain bantuan bersasar kepada golo­ngan yang memerlukannya, kerajaan terus memperkukuh pemantauan harga, kestabilan rantaian bekalan serta pe­nguatkuasaan terhadap amalan perniagaan yang tidak adil.

“Penyelesaian jangka panjang juga perlu memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan dan daya tahan kewangan isi rumah,” katanya kepada Utusan Malaysia di si­ni semalam.

The post Pengguna tuntut perlindungan diutamakan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved