Pengguna Twitter Blue Kini Boleh Menyunting Tweet Sehingga Sejam Selepas Diterbitkan

TechnologyDigital
7 Jun 2023 • 10:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter sedia menawarkan kemudahan untuk para pelanggan berbayar Twitter Blue melakukan penyuntingan pada Tweet yang telah diterbitkan. Kini, melalui kemaskini baharu, Twitter membenarkan penyuntingan dilakukan sehingga selepas sejam ia diterbitkan.

Ini adalah peningkatan berbanding had sekitar 30 minit sahaja sebelum ini. Dengan langkah ini, pengguna mempunyai lebih masa untuk melakukan penyuntingan pada Tweet sekiranya terdapat sebarang kesalahan pada terbitan awal.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan dan diaktifkan secara berperingkat kepada semua pelanggan Twitter Blue seluruh dunia. Di Malaysia, Twitter Blue ditawarkan pada harga langganan RM35 sebulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved