Penggunaan Data Mudah-alih Akan Dibenarkan Sewaktu Penerbangan Didalam EU Pada Tahun Hadapan

TechnologyDigital
5 Dec 2022 • 12:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apabila anda mengembara menaiki kapal terbang, anda secara lazimnya akan diminta untuk menutup fungsi selular pada peranti-peranti anda, ataupun mengaktifkan mod penerbangan untuk memastikan ia tidak memberi isu kepada kelengkapan radio kapal terbang tersebut.

Terkini, BBC telah melaporkan bahawa Kesatuan Eropah mungkin akan membenarkan penggunaan perkhidmatan selular sewaktu penerbangan di ruang udara mereka seawal tahun hadapan. Ini dilihat boleh dilakukan kerana rangkaian 5G dilihat tidak memberi sebarang kesan buruk kepada frekuensi radio yang digunakan kelengkapan kapal terbang.

image is not available

Kesatuan Eropah juga dilihat akan meminta negara-negara ahli untuk membuka frekuensi-frekuensi 5G untuk membolehkan para penumpang kapal terbang menggunakan rangkaian 5G untuk bersambung ke rangkaian internet tanpa masalah.

Sama seperti dimana-mana lokasi lain di seluruh dunia, rangkaian 5G masih lagi berada pada fasa awal dimana tidak ramai pengguna mempunyai peranti yang dapat memanfaatkan rangkaian ini.

Tetapi dengan pelancaran peranti-peranti baru, ia semestinya akan menjadi lebih biasa digunakan sepanjang penghujung tahun ini dan juga awal dan pertengahan tahun hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved