Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2025 yang berlangsung 12 sehingga 14 Mei 2025 lalu mengundang kritikan ramai apabila iringan lagu dalam majlis tersebut dilihat tidak bersesuaian.
Dalam sebuah rakaman yang tular di TikTok @dsinspire, suasana majlis graduasi mencuri perhatian apabila lagu tema kartun Pink Panther dimainkan ketika penyerahan skrol kepada para graduan.
Rakaman berdurasi beberapa saat itu memaparkan suasana formal majlis yang sedikit ‘terganggu’ dengan latar muzik lucu dan santai yang biasa dikaitkan dengan elemen jenaka atau detektif dalam siri animasi tersebut.
Dalam satu lagi video yang tular, kedengaran lagu-lagu seperti Kopi Dangdut dan Memori Daun Pisang dimainkan di dalam dewan semasa majlis berlangsung. Hal ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan pemilihan lagu serta kesesuaian suasana dengan sebuah acara rasmi graduasi.
Wanna hear more? Comment PART 2 #mkp2025 #genmara #mara #ansara
Netizen kurang senang
Rata-rata netizen menyuarakan rasa kurang senang dan kecewa terhadap pemilihan lagu berkenaan yang disifatkan tidak sesuai untuk majlis penuh adat dan istiadat seperti graduasi.
“Ini bukan persembahan lawak, ini hari penting untuk pelajar dan keluarga mereka,” kata seorang pengguna.
Lebih mencetuskan perdebatan, majlis tersebut dipercayai berlangsung di bawah institusi pendidikan MARA, sekaligus mengundang pertanyaan ramai mengenai standard dan pengurusan acara oleh institusi berkenaan.
Replying to @h Part 2 Kopi Dangdut & Memori Daun Pisang #mkp2025 #genmara #mara #ansara #convocation #konvokesyen
“Adakah ini mencerminkan nilai profesionalisme dalam sistem pendidikan kita?” soal seorang lagi netizen, yang turut menyeru agar MARA memberi penjelasan atau membuat semakan semula terhadap garis panduan protokol majlis rasmi mereka.
Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2025 meraikan graduan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) dalam satu acara gilang-gemilang bagi menghargai kejayaan para pelajar dalam menamatkan pengajian mereka serta memberi pengiktirafan atas usaha dan komitmen sepanjang tempoh pembelajaran.
The post Penggunaan lagu tidak sesuai, netizen persoal standard MARA dalam majlis graduasi appeared first on The Reporter.



![Lagu Dangdut Jadi Iringan Ambil Skrol Konvokesyen, Ramai Bingung Pemilihan Muzik Pihak Universiti [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
