"Penggunaan Soket 3 Pin, USB Dalam Bas Dihentikan Sementara,"- Loke

LocalPolitics
18 Feb 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Semua pengendali bas diminta menghentikan penggunaan soket elektrik tiga pin termasuk pengecas mudah alih USB dalam bas serta-merta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya menggantung sementara penggunaan soket elektrik tiga pin dan port USB dalam bas.

“(Kita sudah) serah kepada agensi terlibat, (iaitu) Suruhanjaya Tenaga dan Sirim (Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia) untuk bangunkan standard piawaian pemasangan (soket tiga pin dan port USB dalam bas).

image is not available

“Kita belum lagi tarik balik penggantungan itu … biar ada piawaian supaya mudah sektor bas ikuti,” katanya.

Difahamkan, kementerian akan menyediakan spesifikasi untuk pemasangan port USB pada bas menjelang Mei.

image is not available

Arahan itu dikeluarkan selepas seorang remaja lelaki maut dengan tangan kirinya melecur akibat terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbitnya di soket sebuah bas ekspres dalam kejadian di Terminal bas Penang Sentral, pada November lalu.