Penggunaan Soket Elektrik Dalam Bas Ekspres Diharamkan Sementara Waktu

TechnologyDigitalCars
7 Nov 2024 • 2:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) hari ini mengeluarkan larangan penggunaan soket elektrik dalam bas ekspres untuk sementara waktu. Langkah drastik ini diambil berikutan insiden seorang penumpang 18 tahun meninggal dunia kerana renjatan elektrik ketika cuba mengecas sebuah telefon pintar.

image is not available

Larangan hanya akan berkuatkuasa sehingga laporan pasukan petugas khas berhubung isu renjatan ini dilakukan dan selepas mendapatkan nasihat daripada pihak Suruhanjaya Tenaga. Insiden ini secara tidak langsung turut menimbulkan kebimbangan penggunaan soket elektrik dalam kenderaan pengangkutan lain seperti kapal terbang dan kereta api.

Namun begitu Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi jaminan – isu tersebut tidak akan memberi impak ke atas khidmat pengangkutan yang lain susulan penggunaan soket pengecas itu telah tertakluk pada piawaian yang berbeza. Hanya penggunaan soket elektrik dalam pengangkutan bas ekspres sahaja tidak memiliki piawaian yang tetap.