Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik, Semua Bas Ekspres Kini Dilarang Menggunakan Soket Pengecas Telefon – Anthony Loke

LocalPolitics
7 Nov 2024 • 1:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan bahawa Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan larangan sementara penggunaan soket pengecas telefon dalam bas ekspres.

Katanya, larangan itu dikeluarkan berikutan insiden renjatan elektrik yang telah meragut nyawa seorang remaja lelaki di Pulau Pinang baru-baru ini.

image is not available

Tambahnya, larangan sementara penggunaan soket pengecas telefon dalam bas ekspres itu dikenakan sehingga laporan pasukan petugas khas berkaitan kejadian tersebut selesai.

Kata Anthony, penumpang tidak perlu khuatir berhubung keselamatan penggunaan soket pengecas telefon dalam pesawat dan kereta api.

Sekarang ini semua bas ada soket ini dilarang guna soket ini sementara waktu sebab kita nak dapatkan punca sebenar insiden ini dulu.

Jelasnya, soket pengecas telefon dalam pesawat dan kereta api memiliki piawaian yang perlu dipatuhi oleh syarikat pembuat pesawat dan kereta api.

Selepas pasukan petugas khas ini sediakan laporan, kalau ada penambahbaikan perlu dilakukan, Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk melihat balik prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dilaksanakan sebelum penggunaan soket ini dibenarkan dalam bas ekspres.

image is not available

Anthony turut menjelaskan setakat ini, dalam pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan sebagainya, soket tidak dimasukkan dalam sebahagian daripada pemeriksaan.

Kita akan lihat balik SOP tersebut bersama ST untuk memastikan penggunaan soket ini dalam bas perlu ada satu standard piawaian.

image is not available 3 days ago

"Pengunaan Soket 240V Dalam Kenderaan Awam Bahaya, Galakkan Guna USB Kerana Lebih Selamat" - Profesor UKM