Penghala WiFi 8 Terbaru TP-Link Archer 8 Ultra Dan Deco 8 Ultra Dijangka Memasuki Pasaran Tempatan

TechnologyDigital
15 Sep 2026 • 1:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa minggu lepas kami telah melaporkan penawaran penghala WiFi 8 pertama dari TP-Link, iaitu TP-Link Archer 8 Ultra dan TP-Link Deco 8 Ultra mereka.

Image from: Penghala WiFi 8 Terbaru TP-Link Archer 8 Ultra Dan Deco 8 Ultra Dijangka Memasuki Pasaran Tempatan

Kedua-dua penghala WiFi 8 ini hadir dengan sokongan untuk sambungan tri-band (2.4GHz, 5GHz, 6GHz) dengan kelajuan agreget sehingga 19Gb/s untuk model Archer 8 Ultra dan 22Gbps untuk model Deco 8 Ultra. Mereka juga hadir dengan palam LAN dengan sokongan kelajuan 10Gbps.

Image from: Penghala WiFi 8 Terbaru TP-Link Archer 8 Ultra Dan Deco 8 Ultra Dijangka Memasuki Pasaran Tempatan

Hanya seminggu selepas pengumuman di acara IFA 2026 di Berlin, TP-Link hari ini telah mengadakan acara TP-Link APAC B2B Summit di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan memperlihatkan kedua-dua penghala WiFi ini secara fizikal.

Image from: Penghala WiFi 8 Terbaru TP-Link Archer 8 Ultra Dan Deco 8 Ultra Dijangka Memasuki Pasaran Tempatan

Archer 8 Ultra hadir dengan 18 antena dalaman untuk membolehkan penghala tersebut memancarkan data pada kadar yang tinggi dan sekata, manakala Deco 8 Ultra, iaitu penghala WiFi mereka yang hadir dengan tiga pemancar tambahan yang lain boleh meliputi kawasan sebesr 9800 kaki persegi dengan rangkaian data yang pantas.

Image from: Penghala WiFi 8 Terbaru TP-Link Archer 8 Ultra Dan Deco 8 Ultra Dijangka Memasuki Pasaran Tempatan

Apabila TP-Link membuat pengumuman global mengenai penghala-penghala WiFi 8 ini, mereka telah mengumumkan bahawa pra-tempahan untuknya akan dibuka pada penghujung bulan September ini, dengan jualan rasmi akan bermula pada suku pertama dan juga kedua pada tahun 2027 kelak. Untuk pasaran Malaysia, butiran pra-tempahan belum diumumkan lagi setakat ini, tetapi jangkaan kami ialah ia akan dijual sekitar suku-suku yang sama seperti apa yang diumumkan sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved