TP-Link Memperkenalkan Siri Penghala WiFi 8 Pertama Mereka Dengan Kelajuan Penghantaran Data 22Gbps

TechnologyDigital
1 Sep 2026 • 5:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TP-Link, jenama perkakasan rangkaian internet pengguna terkemuka baru-baru ini telah memperkenalkan dua buah model dalam siri peranti penghala WiFi mereka, iaitu TP-Link Archer 8 Ultra dan juga TP-Link Deco 8 Ultra. Kedua-dua perkakasan penghala WiFi ini merupakan model pertama dalam siri penghala WiFi 8 mereka yang akan dilancarkan di pelbagai pasaran kelak.

Image from: TP-Link Memperkenalkan Siri Penghala WiFi 8 Pertama Mereka Dengan Kelajuan Penghantaran Data 22Gbps

Kedua-dua penghala WiFi 8 ini hadir dengan sokongan untuk sambungan tri-band (2.4GHz, 5GHz, 6GHz) dengan kelajuan agreget sehingga 19Gb/s untuk model Archer 8 Ultra dan 22Gbps untuk model Deco 8 Ultra. Kedua-dua model ini juga hadir dengan palam LAN dengan sokongan kelajuan 10Gbps.

Image from: TP-Link Memperkenalkan Siri Penghala WiFi 8 Pertama Mereka Dengan Kelajuan Penghantaran Data 22Gbps

Archer 8 Ultra hadir dengan 18 antena dalaman untuk membolehkan penghala tersebut memancarkan data pada kadar yang tinggi dan sekata, manakala Deco 8 Ultra, iaitu penghala WiFi mereka yang hadir dengan tiga pemancar tambahan yang lain boleh meliputi kawasan sebesr 9800 kaki persegi dengan rangkaian data yang pantas.

Image from: TP-Link Memperkenalkan Siri Penghala WiFi 8 Pertama Mereka Dengan Kelajuan Penghantaran Data 22Gbps

Dari segi rekaan, Archer 8 Ultra memperlihatkan rekaan yang lebih industrial dengan bentuk kuboid, manakala Deco 8 Ultra pula hadir dengan rekaan seakan-akan sebuah pasu yang sesuai dalam sebuah rumah.

TP-Link mengatakan bahawa mereka akan memperlihatkan penghala-penghala WiFi TP-Link Archer 8 Ultra dan TP-Link Deco 8 Ultra ini sewaktu acara IFA 2026 yang akan berlangsung di Berlin pada minggu ini, dan pra-tempahan akan dibuka seawal penghujung September untuk pasaran-pasaran tertentu.

Penghala-penghala ini kemudiannya akan dijual sekitar suku pertama dan suku kedua 2027.

Sumber: TP-Link

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved