Penghantar barang didenda RM2,000 kerana cederakan wartawan sukan

22 Jan 2026 • 1:28 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang penghantar barang dihukum denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mencederakan wartawan sukan Haresh Deol

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar barang didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan wartawan sukan Haresh Deol yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), November tahun lepas.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Krishnan, 37, dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Krishnan didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu terhadap Haresh Singh Chain Singh, 44, di depan Bangunan Tanjung Balai Group, Jalan Telawi 3, Bangsar di sini pada 3.10 hingga 3.32 petang 25 Nov 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Haresh yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13 menerusi hantaran di laman X memaklumkan telah diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya manakala seorang lagi merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit.