Penghantar barang tidak mengaku amang seksual kanak-kanak

15 Sep 2026 • 2:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penghantar barang tidak mengaku amang seksual kanak-kanak

KUALA TERENGGANU:  Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, pada Jun dan September tahun lalu.

Abdul Qayyum Ahmad, 37, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan cara memegang buah dada dan kemaluan kanak-kanak perempuan itu pada Jun 2025 di Kampung Pengkalan Setar, Gelugor Kedai, di sini.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa pada 17 September 2025 di kawasan sama. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Oktober ini untuk sebutan bagi serahan dokumen dan status penarikan balik laporan.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh melaporkan diri di Balai Polis Manir setiap bulan serta tidak mengganggu semua saksi pendakwaan termasuk mangsa. – UTUSAN

 

The post Penghantar barang tidak mengaku amang seksual kanak-kanak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved