Penghantar GDEX Dipuji Tolong Simpankan Barang Pelanggan Berisi Mainan Sebelum Hujan Turun

21 Sep 2023 • 2:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini kita sering mendengar dan melihat penghantar barangan yang kasar serta kurang ajar terhadap pelanggannya sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya di Johor selepas seorang pelanggan memuji tindakan penghantar barang daripada syarikat GDEX ketika menghantar barang di rumahnya, Kulai.

Difahamkan, ia bemula apabila pelanggan menerima panggilan dari penghantar barangan itu ketika mereka tidak berada di rumah.

image is not available

Walaupun, tugasnya hanya perlu menghantar barang dan meninggalkan bungkusan di dalam kawasan rumah, sebaliknya Abang GDEX itu melakukan lebih daripada itu.

Penghantar GDEX itu bagaimanapun ternampak barang mainan yang disidai di luar rumah dan kemudian memutuskan untuk mengalihkannya ke dalam kerana keadaan langit yang terlihat akan hujan lebat.

Perbuatan murni penghantar GDEX itu dapat dilihat dari rakaman CCTV dan mendapat pujian ramai.

image is not available

Selepas melihat semula rakaman CCTV, pelanggan tersebut tersentuh dan gembira kerana bukan sahaja barangannya diletak dengan selamat malah mainan mereka turut dimasukkan ke dalam kawasan rumah oleh Abang GDEX itu.

Tambahan, pelanggan itu turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada tindakan mulia dan tulus hati Abang GDEX tersebut.

image is not available

Bukan itu sahaja, netizen turut mencadangkan kepada pelanggan berkenaan untuk menghantar e-mel kepada GDEX bagi memuji kakitangan yang rajin ini dan memberinya ganjaran atau bonus.

image is not available

Pelanggan itu turut berkongsi bahawa dua individu dari GDEX telah menghubungi mereka selepas perkongsian rakaman itu viral dan mahu memberikan ganjaran kepada mereka kerana menajadi contoh pekerja penghantaran barangan yang bagus.

Terdahulu, syarikat penghantar makanan terkenal dengan tema warna hijau teruk dikecam selepas menyekat akaun seorang rider.

Kredit: Weirdkaya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Apa yang membuatkan korang gembira hari ni? Komen di bawah

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media