Penghantar Makanan Didakwa Bakar Motosikal Skuter Depan Suria KLCC

19 Apr 2023 • 2:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penghantar Makanan Didakwa Bakar Motosikal Skuter Depan Suria KLCC

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) — Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar 11 motosikal dan empat skuter elektrik di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC, minggu lepas.

Tertuduh, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di ruang tempat letak motosikal hadapan Suria KLCC di Jalan Ampang di sini pada 3.30 petang, 13 April lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Amalina Abu Hanifah menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Muhamad Ridzuan Umar, yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan ibu bapanya yang uzur.

Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 10 motosikal dan empat skuter elektrik terbakar di kawasan letak kenderaan pusat beli-belah Suria KLCC, Jalan Ampang di sini.

Berikutan itu, seorang lelaki berusia 30-an ditahan selepas dikesan berada berhampiran lokasi kejadian sebelum kebakaran berlaku berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved