Penghantar Makanan Maut Dirempuh Kereta Ketika Sedang Tunggu Lampu Isyarat Merah

LocalCars
7 Dec 2024 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang penghantar makanan maut di lokasi kejadian selepas mangsa dilanggar oleh sebuah kereta ketika mangsa sedang menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau di Jalan Taman Emas, Puchong semalam.

Menurut Harian Metro, kejadian berlaku pada jam 12.45 tengah hari ketika mangsa yang menunggang motosikal sedang menunggu di kawasan persimpangan lampu isyarat jalan raya itu.

image is not available

Kereta tersebut yang dipandu oleh seorang wanita dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar mangsa yang berusia 22 tahun.

image is not available

Selepas belakang motosikal mangsa dirempuh oleh kereta berkenaan, mangsa kemudiannya terjatuh dan petugas perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes ini sedang disiasat oleh polis di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.