Penghantar makanan maut motor bertembung kereta

19 May 2026 • 4:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Penghantar makanan maut motor bertembung kereta

KOTA MARUDU: Seorang penghantar makanan FoodPanda meninggal dunia di Hospital Kota Marudu pada Ahad, hampir empat jam selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan parah di kepala serta pendarahan otak.

Mohd Shahriman, 28, terlibat dalam kemalangan di Jalan Simpang Kampung Bunsadan kira-kira jam 11.30 pagi.

Motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita berusia 68 tahun selepas kereta itu keluar dari simpang kiri dan memasuki laluannya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Supt Simiun Lomudin berkata, siasatan awal mendapati motosikal itu sedang bergerak dari Pekan Tandek menuju Pekan Goshen ketika kemalangan berlaku.

“Ketika motosikal itu melalui bulatan, ia melanggar Kancil yang tiba-tiba keluar dari simpang kiri dan memasuki laluannya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved