Penghantaran Panel OLED China Mencapai Hampir 40% Untuk Pasaran Dunia

TechnologyDigital
20 Apr 2023 • 2:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Untuk telefon pintar skrin OLED adalah yang terbaik kerana mempunyai kualiti yang lebih baik dari segi warna, hitam yang lebih gelap serta kurang menggunakan kuasa. Beberapa tahun lepas panel skrin OLED ini hanya digunakan pada peranti premium sahaja tetapi sejak ke belakangan ini peranti kelas asas dan pertengahan pun suda ada yang menggunakan komponen berkualiti ini.

Di China pasaran OLED dikatakan meningkat mencapai hampir 40% untuk tahun ini sahaja kerana semakin banyak pengeluar peranti di China menggunakan panel skrin ini untuk peranti masing-masing. Sumber menyatakan tahun 2023 terdapat 220 juta panel OLED akan dihantar yang mana jumlah ini adalah 38% untuk pasaran OLED sedunia. Ini juga adalah 10% peningkatan berbanding tahun 2021.

image is not available

Lihat sahaja peranti seperti siri Redmi Note 12 yang ketiga-tiga peranti menggunakan panel OLED. Bagaimana pula nanti dengan peranti Poco F5 Pro, Nova 11 yang baru dilancarkan juga menggunakan skrin OLED ini, dan banyak lagi.

Majoriti pasaran OLED sedunia masih dipegang oleh Samsung iaitu 56% dengan BOE kini di tempat kedua menewaskan LG. BOE juga berhasrat ingin pasarkan 120 juta OLED pada tahun ini dan mereka memegang 12% pasaran dunia, LG pula 11%, Visionox dan lain-lain adalah 6% dan 5%.