Penghantaran Ubat Melalui Pos Dikecualikan Bayaran Berkuat-kuasa 1 Oktober 2026

LocalHealth & Fitness
27 Sep 2026 • 2:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sedia menawarkan perkhidmatan Ubat Melalui Pos, membolehkan para pesakit untuk memohon agar ubat dihantar terus ke rumah, dan penghantaran yang dihantar melalui Pos Laju ditanggung oleh pesakit. Segala proses berkaitan hal ini diuruskan melalui aplikasi khusus dinamakan MyUBAT KKM.

Image from: Penghantaran Ubat Melalui Pos Dikecualikan Bayaran Berkuat-kuasa 1 Oktober 2026

Namun, kini bermula 1 Oktober 2026, melalui kerjasama pihak KKM dan juga SKMM (yang menguruskan kurier), kini menyatakan ccaj penghantaran berkenaan akan dikecualikan sepenuhnya, sekaligus membolehkan pesakit menerima ubat di rumah secara percuma.

Untuk tujuan ini, SKMM memperuntukkan sebanyak RM5 juta, dalam membantu Kementerian Kesihatan melaksanakan inisiatif di seluruh Malaysia. Langkah ini akan memudahkan pesakit menerima bekalan ubat tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan, sekaligus pada masa yang sama mengurangkan kesesakkan di fasiliti kesihatan.

Pada masa yang sama, kerajaan turut sedang meneliti sokongan penghantaran ubat melalui dron di kawasan luar bandar, dan sekiranya sesuai ia dijangka menjadi satu lagi perkhidmatan tambahan kepada rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved