“Penghargaan Luar Biasa Buat Rakyat Akan Diumum Esok Atau Rabu Minggu Ini” – PMX

LocalPolitics
21 Jul 2025 • 1:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan daripada laporan Bernama, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mesra dipanggil sebagai PMX berkata penghargaan luar biasa buat rakyat akan diumumkan pada esok atau Rabu minggu ini.

Katanya, beliau memerlukan sedikit lagi masa untuk meneliti lebih mengenai pengumuman yang bakal dibuat susulan permukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

Image from: “Penghargaan Luar Biasa Buat Rakyat Akan Diumum Esok Atau Rabu Minggu Ini” – PMX

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Saya katakan dalam sehari dua ini saya perlu umum (sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya), tetapi perkara itu memerlukan sedikit masa untuk diteliti.

Sebelum ini, PMX ada memberi bayangan bahawa pengumuman yang bakal diumumkan pada hari esok atau Rabu itu melibatkan langkah kerajaan dalam menangani kos sara hidup yang semakin hari semakin membebankan rakyat.

image is not available

Namun begitu, Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa rakyat terbeban dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta tarif asas elektrik.

image is not available 2025-07-20 19:04:39

“Saya Tidak Akan Letak Jawatan Kecuali Terbukti Saya Curi Duit Rakyat” - PMX