Penghayatan al-Quran sepanjang tahun, bukan hanya Ramadan

17 Aug 2026 • 9:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penghayatan al-Quran sepanjang tahun, bukan hanya Ramadan
Sesi tadabbur al-Quran dan motivasi telah diadakan di PPA Machang pada Ahad yang dihadiri oleh Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan.
Image from: Penghayatan al-Quran sepanjang tahun, bukan hanya Ramadan
Penolong Komisioner Penjara (PKK), Ahmad Zulkarnain Abdul Khalid
Image from: Penghayatan al-Quran sepanjang tahun, bukan hanya Ramadan
Image from: Penghayatan al-Quran sepanjang tahun, bukan hanya Ramadan
Adnan (kanan) bersama wakil Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan menyampaikan cenderamata kepada wakil PPA Machang semasa Sesi tadabbur al-Quran dan motivasi pada Ahad

MACHANG - [DIKEMAS KINI] Penghayatan al-Quran bukan hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja tetapi perlu diteruskan sepanjang tahun termasuk dalam kalangan penghuni Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di sini.

Penolong Komisioner Penjara (PKK), Ahmad Zulkarnain Abdul Khalid berkata, pihaknya menyambut baik pelaksanaan kempen Malaysia #QuranHour (MQH) 2026 yang dilihat selari dengan usaha memupuk penghayatan agama dalam kalangan penghuni.

Menurut beliau, PPA sememangnya mempunyai penglibatan dalam pelbagai program keagamaan termasuk sambutan Maulidur Rasul dan aktiviti bertadarus sepanjang Ramadan.

"Penganjuran Malaysia #QuranHour juga dilihat mampu mengingatkan umat Islam supaya tidak hanya mendekati al-Quran ketika Ramadan sahaja.

**media[3617279]**

"Pendekatan berkenaan turut memberi ruang kepada penghuni PPA untuk terus mendekati al-Quran menerusi aktiviti keagamaan yang dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum itu sesi tadabbur al-Quran dan motivasi telah diadakan di PPA yang dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK), Datuk Adnan Hashim dan Penasihat, Nik Muhammad Nik Lib.

Malaysia #QuranHour 2026 kali ini bertemakan Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera itu akan berlangsung serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini, bersamaan 17 Rabiulawal 1448H.

**media[3617278]**

Selangor menjadi lokasi utama manakala program peringkat Kelantan akan berlangsung di Masjid Al-Munir, Mukim Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Tiga surah pilihan Malaysia #QuranHour 2026 kali ini iaitu Surah al-Muzzammil, al-Balad dan al-Baqarah membawa mesej yang bertepatan dengan cabaran masyarakat ketika ini.

Ketiga-tiga surah berkenaan mengangkat mesej penting khususnya dalam menangani keretakan hubungan keluarga, isu remaja yang terpinggir serta sikap kurang peduli terhadap golongan yang memerlukan.

**media[3617276]**

Menurut Ahmad Zulkarnain, mesej daripada ketiga-tiga surah itu juga saling melengkapi dalam membentuk individu yang baik hubungannya dengan ALLAH SWT sebelum diterjemahkan melalui hubungan sesama manusia.

Ujar beliau, kempen tersebut diharap menjadi wadah untuk menghidupkan budaya membaca, memahami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved