Polis sedang kesan pemandu e-hailing, penumpang rakaman tular hina Islam, Al-Quran

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 9:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis sedang kesan pemandu e-hailing, penumpang rakaman tular hina Islam, Al-Quran

JOHOR BAHRU: Polis negeri ini sedang mengesan seorang pemandu e-hailing bagi membantu siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang penumpang mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap agama Islam dan Al-Quran.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd. Shaffei berkata, langkah itu dibuat bagi membolehkan kedua-dua pihak terlibat dikenalpasti.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 5.55 petang di kawasan bandar raya ini, kelmarin.

“Berdasarkan rakaman ‘dashcam’, ada perbualan antara lelaki dipercayai pemandu e-hailing dan seorang lelaki disyaki penumpang. Penumpang terbabit didakwa telah mengeluarkan kenyataan mengenai Al-Quran dan menghina agama Islam,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Azrul Hisham, laporan polis berhubung rakaman video tular berkenan diterima pihaknya pada pukul 3.25 petang, semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihat agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta mengganggu proses siasatan,” katanya.-UTUSAN

The post Polis sedang kesan pemandu e-hailing, penumpang rakaman tular hina Islam, Al-Quran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved