Pengiktirafan Geotaman Gombak-Hulu Langat bukti Selangor pelihara alam sekitar

17 Mar 2023 • 8:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 MAC: Pengiktirafan Geotaman Gombak-Hulu Langat (GHL) sebagai geotaman kebangsaan membuktikan kemampuan Selangor memelihara alam sekitar.

Dato’ Menteri Besar berkata status geotaman ketujuh itu bakal menarik kehadiran pelancong tempatan dan luar di samping terdapat kuarza terpanjang Asia Tenggara di kawasan terbabit.

“Pengiktirafan sebagai geotaman kebangsaan dalam tempoh singkat. Ini menunjukkan kemampuan kita kawal alam sekitar,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sesi penggulungan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada persidangan Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Isnin lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas pengiktirafan GHL sebagai geotaman kebangsaan ketujuh.

Baginda bertitah pengiktirafan bakal memperkukuhkan usaha Selangor memelihara alam sekitar selain menjamin kesejahteraan rakyat, matlamat pembangunan lestari serta memelihara warisan geologi, budaya dan biologi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved