Penglibatan legenda bola sepak tingkat pembangunan pemain muda

LocalFootball
25 Aug 2022 • 3:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Penglibatan bekas pemain bola sepak yang hebat memainkan peranan penting dalam pembangunan pemain muda di negeri ini.

Timbalan Presiden Tabs Safa Bandaraya Lokman Sunggim berkata demikian berikutan penampilan bekas pemain antarabangsa Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani semasa karnival bola sepak mereka yang diadakan hujung minggu.

Seramai 450 pemain terlibat dalam acara anjuran Tabs Safa Bandaraya yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Dato’ Jelani Hamdan.

“Jemputan kepada Datuk James dan Datuk Hassan adalah usaha kami memperkenalkan mereka kepada generasi muda.

“Mereka telah membanggakan negara pada masa lalu dan wajar dicontohi oleh pemain pada masa depan, dan kami amat gembira dengan kehadiran mereka untuk menjayakan karnival itu,” katanya.

Beliau turut menyokong langkah Jelani untuk mendapatkan bekas pemain seperti Matlan Marjan, Suharmin Yusof, Zainizam Marjan, Rozaimi Abdul Rahman dan Bobby Gonzales terlibat dalam pasukan remaja negeri sekarang.

“Pendekatan ini sangat baik kerana selain mengenang dan menghargai jasa mereka, ia juga sebagai usaha memanfaatkan pengalaman sebelum ini untuk meningkatkan mutu bola sepak negeri ini.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.