“Pengorbanan seorang ayah” – Wiper Rosak, Hujan Lebat, Tetapi Ayah Tetap Hantar Anak Pergi Kerja

Entertainment
29 Jul 2023 • 3:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengorbanan seorang ayah memang tiada tandingan. Dari mula kita lahir, sampailah kita dah besar panjang, individu yang bernama ayah tidak putus-putus mencurahkan khidmat bakti kepada anak-anaknya.

Ada satu video yang tular di media sosial berkenaan pengorbanan seorang ayah yang menghantar anaknya bekerja dalam keadaan hujan.

Walaupun menggunakan kereta, kelihatan dalam video tersebut si ayah mengelap cermin hadapan dengan kain kerana wiper keretanya rosak. Korang tengok lah video @localrkyt di bawah ni.

 

Pengorbanan seorang ayah

Video yang dimuat naik itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengenang kembali pengorbanan ayah mereka.

Banyak cerita dari netizen yang boleh mengundang sebak bila baca. Min kongsi sikit apa yang netizen kongsi untuk korang baca.

image is not availableYang pernah ada pengalaman aircond kereta rosak time hujan, confirm boleh relate dengan video ni. Nak buka tingkap nanti basah, dalam kereta dah berkuap. Terpaksalah lap cermin depan guna kain.

image is not availableKalau naik moto lagi lah terasa hujan tu. Itulah pengorbanan seorang ayah, sanggup basah redah hujan semata-mata nak pastikan anak-anak kering.

image is not availableBesar sebenarnya jasa seorang ayah ni. Sanggup redah hujan demi keluarga walaupun berdepan pelbagai cabaran.

image is not availableBetul, yang masih ada mak ayah, bahagiakanlah mereka. Sepanjang kita hidup dan membesar, mereka selalu ada disisi kita. Hargailah selagi mereka masih ada di dunia.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.