“Pengotor Gila!” – Netizen Jijik Ada Penumpang Selamba Berak Dalam Bas RapidKL, Najis Melekat Atas Lantai

12 Sep 2022 • 4:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu hantaran daripada pihak Rapid KL baru-baru ini di Twitter telah mencuri perhatian ramai pihak apabila syarikat perkhidmatan awam itu melaporkan ada individu telah bertindak membuang najis di dalam sebuah bas milik mereka.

Dalam Tweet tersebut, Rapid KL ada memuat naik foto calitan hitam di dinding dan lantai bas yang didakwa mereka adalah najis manusia.

Berikutan itu, pihak Rapid KL turut meminta penumpan agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan sekeliling ketika menaiki bas mahupun tren demi keselesaan bersama.

Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya tampil menceritakan pengalaman penumpang kenderaan awam yang pengotor dan tidak bertanggungjawab.

image is not available

Sumber : Twitter  

Malah, ada yang menyarankan agar pihak Rapid KL untuk menyaman dan mengambil tindakan ke atas penumpang yang bertindak sedemikian kerana ia telah menggangu ketenteraman awam yang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

“Dah Tak Ingat Nama Sendiri, Anak-Anak” - KJ Maklum Pak Lah Hidap Demensia, Kesihatan Makin Merosot