Pengsan Sebelum Langgar Pintu Tol

25 Apr 2023 • 7:42 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Semua mangsa, bagaimanapun, difahamkan telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan selamat. - Gambar Facebook Polis Bentong

KUANTAN - Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemukan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta yang merempuh pintu Plaza Tol Bentong, arah barat, di Bentong, semalam. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar, berkata kejadian berlaku pada 2.40 petang dan kejadian disedari anggota polis yang menjalankan rondaan Op Selamat serta kakitangan tol yang kemudiannya mengeluarkan mangsa dengan bantuan orang awam. 

"Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Tok Bali, Kelantan ke Balakong, Selangor dan pemeriksaan perubatan mengesahkan mereka tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen dalam badan. 

"Keadaan itu seterusnya mengakibatkan kenderaan terlibat melanggar pintu tol tersebut," katanya menerusi kenyataan ringkas, di sini. 

Semua mangsa, bagaimanapun, difahamkan telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan selamat. - Bernama