Pengsan sebelum langgar pintu tol

24 Apr 2023 • 9:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemukan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta yang merempuh pintu Plaza Tol Bentong, arah barat, di Bentong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar. berkata kejadian berlaku pada 2.40 petang dan kejadian disedari anggota polis yang menjalankan rondaan Op Selamat serta kakitangan tol yang kemudiannya mengeluarkan mangsa dengan bantuan orang awam.

“Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Tok Bali, Kelantan ke Balakong, Selangor dan pemeriksaan perubatan mengesahkan mereka tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen dalam badan.

“Keadaan itu seterusnya mengakibatkan kenderaan terlibat melanggar pintu tol tersebut,“ katanya menerusi kenyataan ringkas, di sini.

Semua mangsa, bagaimanapun, difahamkan telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan selamat. - Bernama