Penguasaan Si Wei-Ya Qiong sukar digugat

10 Jul 2022 • 7:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENGUASAAN beregu campuran China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong sukar digugat selepas berjaya mempertahankan gelaran Masters Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.

Selepas menjuarai Terbuka Malaysia minggu lalu, pasangan pilihan kedua kejohanan ini meneruskan momentum memburu gelaran keenam musim ini dengan mengalahkan gandingan bukan pilihan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari, 21-17, 21-12 dalam tempoh hanya 32 minit.

Apa yang lebih menarik, kejayaan hari ini adalah keenam sejak Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Mei lalu, diikuti Terbuka Thailand, Masters Indonesia, Terbuka Indonesia dan Terbuka Malaysia.

Si Wei berkongsi resipi kejayaan mereka ialah tidak memikirkan untuk menang dalam setiap perlawanan agar tidak mengundang tekanan besar kepada mereka.

"Selain tumpuan kepada satu demi satu perlawanan, kami juga perlu menjaga pemakanan dan berehat secukupnya,” katanya kepada pemberita selepas aksi final itu.

Sementara itu, dalam aksi final beregu lelaki, mempertemukan wakil Indonesia, pilihan keenam kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menewaskan gandingan senior, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 21-12, 21-19.

image is not available

Fajar gembira pengorbanan tidak dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga ternyata berbaloi selepas mengulangi pencapaian 2018.

"Saya sedih sekali tidak dapat menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini bersama keluarga di Indonesia namun kami punya tanggungjawab untuk harumkan nama negara kami di sini,” katanya.

Ini merupakan gelaran kedua Indonesia pada kejohanan itu selepas gelaran juara perseroangan lelaki menjadi milik Chico Aura Dwi Wardoyo selepas mengalahkan pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus, 22-20, 21-15.

Dalam pada itu, China turut membawa gelaran kedua di pentas final menerusi beregu wanita nombor satu dunia dan pilihan utama kejohanan, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan apabila,dengan mudah menewaskan gandingan Jepun, ami Matsuyama-Chiharu Shida, 21-11, 21-12. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved