Penguat Kuasa Cedera Dikasari Lelaki Ketika Keluarkan Kompaun

2 Nov 2023 • 10:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa susulan tindakannya mengasari seorang penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas mengeluarkan kompaun atas kesalahan parkir di Jalan Flora, Taman Flora.

Halang dari keluarkan kompaun

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah memaklumkan yang pihaknya menerima aduan daripada penguat kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) sekitar jam 3.50 petang pada Rabu.

“Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan kompaun atas kesalahan tidak memiliki kupon parkir semasa meletak kenderaan.

“Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian menghalang dan menyerang pihak MPBP itu daripada mengeluarkan kompaun,” katanya.

image is not available

Penguat kuasa ditolak jatuh

Menerusi video yang tular di media sosial, penguat kuasa berkenaan telah ditolak jatuh atas motosikalnya sebelum pertengkaran tersebut dileraikan orang awam yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Susulan daripada itu, kedua-dua pihak telah mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

image is not available

Dalam pada itu, Ismail menyatakan yang kes disiasat di bawah 186 dan 153 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Zulhisham Isahak)