Penguatkuasaan Imigresen Trump: 435 Warga Malaysia Dalam Senarai Pengusiran

Entertainment
6 Feb 2025 • 3:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, Amerika Syarikat (AS) kini di bawah pemerintahan Presiden Donald Trump selepas kemenangannya pada Pilihan Raya Umum November tahun lalu.

Dalam pentadbirannya sebelum ini, beliau amat mementingkan penguatkuasaan imigresen di bawah Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE).

Terbaru, seramai 435 rakyat Malaysia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara AS menerima arahan akhir pengusiran ICE.

Menurut data Operasi Penguatkuasaan dan Penyingkiran (ERO) ICE yang dikeluarkan pada November lalu, kira-kira 435 rakyat Malaysia kini berada dalam doket bukan tahanan ICE dengan arahan penyingkiran muktamad.

image is not available

Ini meletakkan Malaysia dalam kategori pertengahan antara negara yang terjejas akibat pengusiran itu.

Difahamkan, dokumen ICE menunjukkan bahawa walaupun bukan warganegara yang menerima arahan pengusiran akhir boleh mendapatkan perlindungan melalui suaka atau Konvensyen Menentang Penyeksaan.

Bagaimanapun, kerajaan AS tetap mengharapkan negara asal menerima kepulangan rakyat mereka.

Dalam pada itu, agensi itu turut menggesa kerajaan asing untuk mengesahkan kewarganegaraan, mengeluarkan dokumen perjalanan dengan segera dan menerima penghantaran pulang rakyat mereka melalui penerbangan komersial atau sewaan khas.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.