Pengulas sukan dipuji palau kontinjen ‘negara tak wujud’, kamera beralih lihat pemandangan

27 Jul 2024 • 2:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pengulas sukan dipuji palau kontinjen dari negara tidak wujud di atas peta sewaktu siaran langsung Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024.

Perarakan Pembukaan Olimpik Paris 2024

Menerusi video yang dikongsi Rancangan Televisyen Malaysia (RTM), pasukan produksi dan pengulas sukan dipuji kerana langsung tidak mengendahkan perarakan daripada kontinjen pasukan ‘penjajah’ yang berlayar selepas pasukan dari negara Iceland.

Pengulas sukan dipuji buat tak tahu saja kontinjen tersebut lalu

Mereka yang menaiki kapal dan menyusuri Sungai Seine telah melambai-lambai tangan serta mengibarkan bendera walaupun teruk dicemuh sesetengah penonton yang menyaksikan acara pembukaan tersebut secara langsung.

image is not available

Pengulas sukan dipuji kongsi info atlet2 lain sewaktu ‘penjajah’ lalu

Pengulas sukan yang mengendalikan siaran langsung di RTM juga terus berkongsi info tentang beberapa atlet yang dilihat berpotensi untuk meraih emas tanpa menghiraukan perarakan masuk kontinjen dari pasukan ‘penjajah’ terbabit.

Kamera juga turut mengalihkan pandangan ke arah pemandangan sungai Seine tanpa menyoroti langsung pasukan negara yang tidak pernah wujud itu.

image is not available

Kamera pun fokus ke pemandangan

Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata memuji tindakan pengulas sukan dimana membiarkan sahaja pasukan ‘penjajah’ itu berlalu sebelum kembali fokus kepada negara seterusnya iaitu Itali.

Masing-masing turut memberikan kredit kepada jurukamera dari negara penganjur kerana mengalihkan arah ke tempat lain berbanding memperlihatkan negara yang tidak pernah diakui itu.

image is not available

Kaki helikopter lagi cantik

image is not available

Kamera tau tugas dia

image is not available

Tengok pemandangan lagi menarik

 

image is not available

Patut karam lebih baik

image is not available

Selain daripada pasukan Malaysia, kontinjen daripada negara Palestin turut mendapat perhatian warganet apabila masing-masing mendoakan perjuangan mereka di Olimpik Paris 2024 walaupun sedang menghadapi ujian di negara asal.

Dapat didengar sewaktu siaran langsung perarakan mereka, laungan sorakan daripada penonton yang hadir telah mencuri perhatian walaupun jumlah atlet yang bakal berjuang tidak seramai negara-negara lain.

Semoga atlet daripada negara kita, Malaysia dan juga Palestin terus bersinar di mata dunia.

Sumber: TikTok RTM Malaysia Official