Pengulas Sukan Ini Teruk Dikecam Sebab Sentuh Hal Peribadi Lee Zii Jia Ketika Mengulas Perlawanan

2 Aug 2024 • 10:18 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang pengulas sukan profesional yang mengulas perlawanan badminton antara pemain Malaysia, Lee Zii Jia dan pemain Sepanyol, Pablo Abian di Sukan Olimpik Paris 2024 teruk dikecam netizen.

Menerusi satu hantaran di X, seorang individu memuat naik video yang menunjukkan pengulas itu seakan tidak berpuas hati dengan sikap Lee Zii Jia yang didakwa tidak layan mesra rakan media sebelum bertolak ke Paris.

Tak kisah kalau dia bersikap cold shoulder dengan rakan-rakan wartawan sebelum berlepas ke Paris, itu adalah pilihan beliau. Jadi selepas ini jangan kerap sangat untuk menyepi, memencilkan diri daripada rakan-rakan yang bertugas yang cuba melonjakkan imej anda.

Menerusi ruangan komen, netizen tidak berpuas hati dengan pengulas itu dan beranggapan dia tidak sepatutnya memberi ulasan berkaitan isu peribadi ketika itu.

image is not available

Bukan tu jer, ada juga netizen yang berkata pengulas itu dah patutnya pencen dan tak relevan.

image is not available

Jap!