Pengumpul besi buruk didenda RM250, ceroboh landasan LRT

LocalPolitics
20 Jan 2025 • 3:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Seorang pengumpul besi buruk didenda RM250 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan landasan Transit Aliran Ringan (LRT), semalam.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas Wong Han Chuan, 43, dan memerintahkan tertuduh dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin, Wangsa Maju di sini pada 3.35 petang mengikut Seksyen 62 Akta Keretapi 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Peguam Simret Singh dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Wong memohon denda minima atas alasan anak guamnya masih bujang tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengumpul besi buruk untuk dikitar semula. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved