Pengumpul Kereta Eksotik, JP Chin, Jadi Penerima iCaur 03 Pertama Di Dunia

LocalCars
12 Sep 2025 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas menjadi negara pertama yang menerima kehadiran jenama iCaur, baru-baru ini, acara penyerahan yang pertama di dunia bagi model iCaur 03 telah berlangsung di pusat pengedaran iCaur Petaling Jaya.

Majlis ringkas yang berlangsung pada 10 September itu menyaksikan penyerahan SUV elektrik iCaur 03 kepada pengumpul kereta terkenal tempatan, JP Chin, pengasas JPM Museo. Jentera ranggi ini kini menjadi sebahagian daripada koleksi menarik Chin yang terdiri daripada supercar, hypercar, kereta klasik serta pelbagai lagi kenderaan eksotik dan unik lain.

image is not availableimage is not available

JP Chin yang menerima unit berwarna putih itu merancang untuk mengubah suai kenderaan tersebut agar menyerupai Land Rover Defender, sebuah SUV 4x4 ikonik yang memberi inspirasi kepada reka bentuk iCaur 03.

Chin juga mahu membina komuniti bersama jenama dan pemilik iCaur yang dijangka berkembang seiring dengan peningkatan penghantaran, terutama apabila pemasangan tempatan (CKD) bermula tahun depan.

Varian & Spesifikasi iCaur 03

image is not availableimage is not availableimage is not available

Unit yang diserahkan adalah varian berspesifikasi tinggi, iWD, yang ditawarkan di pasaran pada harga RM129,800. Varian lain adalah versi asas, 2WD, yang ditawarkan pada harga lebih mampu milik iaitu RM119,800.

Dilancarkan secara rasmi pada 9 September lalu, iCaur 03 iWD dilengkapi sistem pacuan dwi-motor dengan sistem pacuan semual roda (AWD) pintar yang menghasilkan kuasa 279 PS dan tork 385 Nm. Dipacu oleh bateri 69.8 kWj, ia memiliki jarak pemanduan maksimum 418 km mengikut penilaian NEDC.

Selain itu, varian ini hadir dengan rim berukuran 19 inci, sistem audio premium Infiniti 12 speaker, tempat duduk dengan fungsi urutan serta pakej keselamatan canggih, ADAS Tahap 2.

Maklumat lebih terperinci mengenai SUV EV gaya hidup premium ini boleh didapati dalam laporan pelancaran kami.

image is not available