Pengumuman cuti khas lewat buat perusahaan tanggung rugi – Ameer Ali Mydin

Entertainment
19 Apr 2023 • 4:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengusaha rantaian pasar raya Mydin, Ameer Ali Mydin semalam mengkritik pengumuman saat akhir kerajaan mengenai cuti tambahan untuk Hari Raya Aidilfitri.

Beliau menganggarkan syarikatnya terpaksa menanggung kerugian sekurang-kurangnya setengah juta ringgit.

Bercakap dalam temu bual dengan Astro Awani, beliau berkata peniaga adalah golongan yang terpaksa menanggung kerugian sebesar itu.

“Setengah juta itu boleh kita beri beribu-ribu orang makan melalui inisiatif Menu Rahmah,” katanya.

Ia merujuk kepada inisiatif kerajaan untuk menyediakan makanan pada harga RM5 dan ke bawah selaras dengan peningkatan kos sara hidup.

Umum mengetahui, Mydin adalah antara syarikat terkemuka yang menyahut seruan kerajaan agar sektor swasta terlibat dalam program berkenaan.

Cuti tambahan bukan satu-satunya berita baik yang Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berikan kepada rakyat Malaysia, mulai hari ini (19 April), pengecualian tol akan disediakan untuk semua selama 4 hari.

Pun begitu, beliau berkata adalah lebih baik memberi subsidi bersasar dalam bentuk tunai kepada mereka yang memerlukan daripada mengumumkan pengecualian tol untuk semua tanpa mengambil kira tahap pendapatan mereka.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.