Pengundi diminta waspada, berita palsu, 'spin' rancak menjelang hari mengundi - Annuar Musa

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 11:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pengundi diminta waspada, berita palsu, 'spin' rancak menjelang hari mengundi - Annuar Musa
Hantaran Facebook Annuar Musa pada Sabtu.

SHAH ALAM - Pengundi diingatkan supaya berwaspada terhadap penyebaran berita palsu, fitnah, 'spin' dan perang saraf yang didakwa semakin rancak menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa berkata, pelbagai bentuk maklumat mengelirukan didakwa disebarkan oleh laskar siber daripada pelbagai pihak sepanjang minggu terakhir tempoh berkempen.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat turut menasihatkan pengundi untuk berhati-hati dan menyemak kesahihan setiap berita yang diterima sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

"Difahamkan pihak tertentu terpaksa berbelanja besar dan menggerakkan segala kekuatan kerana kedudukan semakin terancam.

"Kebangkitan suara rakyat cuba dikawal supaya mengikut naratif pihak yang berkuasa. Suara kesepakatan rakyat benar-benar membimbangkan sesetengah pihak," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Justeru, Annuar menyeru supaya terus istiqamah mendukung kesatuan ummah kerana ketika ini merupakan masa untuk mempertahankan kuasa kesepakatan rakyat.

"Jangan berpecah atau cuba dipecah-pecahkan. Bersatu teguh, bercerai roboh," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved