Hannah Nafi Dakwaan Isu Perjawatan DBKL

LocalPolitics
21 Jul 2026 • 11:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hannah Nafi Dakwaan Isu Perjawatan DBKL

Hannah Nafi Dakwaan Isu Perjawatan DBKL

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terperdaya dengan penyebaran berita palsu membabitkan data perjawatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang sengaja ditularkan ketika kempen pilihan raya sedang berlangsung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata penyebaran sebuah poster menerusi aplikasi WhatsApp, yang mendakwa DBKL hanya mempunyai tujuh warga kerja kaum India dan seorang Cina adalah tidak benar serta tidak menggambarkan data perjawatan sebenar.

Beliau berkata hingga 1 Julai 2026, DBKL mempunyai 9,131 warga kerja, termasuk 490 warga kerja India dan 22 warga kerja Cina.

"Dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional, terdapat 10 pegawai India dan dua pegawai Cina.

"Pada masa yang sama, saya mengakui bahawa tahap representasi dalam DBKL masih perlu diperbaiki," katanya," menerusi hantaran dalam Facebook.

Baca juga:

Sehubungan dengan itu, Hannah telah meminta DBKL meneliti data permohonan, pengambilan, kenaikan pangkat dan saluran hebahan jawatan supaya pihaknya dapat mengenal pasti jurang sebenar dan mengambil langkah penambahbaikan yang telus, adil serta berasaskan merit.

Beliau mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan isu itu sebagai bahan untuk melaga-lagakan masyarakat, sebaliknya memperbetulkan fakta serta memperbaiki kelemahan sedia ada.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved