Pengundi Disaran Tuntut ADUN Sedia Kad Laporan Prestasi - Liyana Marzuki

LocalPolitics
19 Jun 2026 • 3:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pengundi Disaran Tuntut ADUN Sedia Kad Laporan Prestasi - Liyana Marzuki

Pengundi Disaran Tuntut ADUN Sedia Kad Laporan Prestasi - Liyana Marzuki

Pengundi disaran menuntut setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyediakan kad laporan prestasi bagi membolehkan rakyat menilai tahap perkhidmatan serta keberkesanan mereka sepanjang memegang jawatan.

Aktivis politik dan bekas Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, Liyana Marzuki berkata, amalan tersebut penting bagi memupuk budaya akauntabiliti dalam kalangan pemimpin politik, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut beliau, rakyat berhak mengetahui secara terperinci bagaimana peruntukan yang diterima oleh wakil rakyat dibelanjakan dan sejauh mana manfaatnya kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Baca juga:

“Untuk PRN ini, dah boleh minta YB ADUN anda sediakan kad laporan.

“Laporan apa yang dibelanja, ke mana pergi dana, laporan kehadiran DUN, isu apa yang dibawa untuk kawasan dan apa solusi yang diberikan.

“Dah 2026, kita nak politik khidmat dan prestasi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.