Pengundi Melayu tak terpengaruh isu perkauman kaitkan PH dengan DAP – Mat Sabu

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 11:22 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyokong Pakatan Harapan (PH) di Johor dilihat semakin menilai prestasi dan keupayaan sesebuah kerajaan berbanding dipengaruhi sentimen perkauman atau dakwaan yang mengaitkan gabungan itu dengan DAP, kata Timbalan Pengerusi PH, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurut laporan Harian Metro, Presiden AMANAH itu berkata, pengundi Melayu di negeri itu kini lebih cenderung memilih kerajaan yang mampu membawa manfaat kepada rakyat serta memastikan pentadbiran negeri bergerak seiring dengan Kerajaan Persekutuan.

“Orang Melayu di Johor tidak terpengaruh dengan isu ditiupkan mengenai soal DAP dan sebagainya.
“Mereka memilih kerajaan yang akan memberi manfaat kepada mereka, terutama kerajaan negeri yang selari dengan Kerajaan Persekutuan. Itu yang saya nampak pilihan mereka sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkempen bersama calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad di Kampung Pulai Mutiara, Johor Bahru, pada Khamis.

Image from: Pengundi Melayu tak terpengaruh isu perkauman kaitkan PH dengan DAP – Mat Sabu

Foto: FB Mohamad Sabu

Mengulas lanjut, Mohamad atau mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata, perubahan sikap pengundi itu memberi keyakinan kepada PH untuk kembali menguasai Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Menurutnya, momentum sokongan terhadap gabungan berkenaan juga terus menunjukkan perkembangan positif berdasarkan sambutan yang diterima sepanjang tempoh berkempen.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pengundi khususnya anak Johor yang berada di negeri lain atau di luar negara, supaya pulang mengundi pada hari pengundian PRN yang berlangsung esok.

Kerusi DUN Kota Iskandar menjadi antara tumpuan pada PRN Johor apabila menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon PH, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersama Malaysia (BERSAMA).

Sumber: Berita Harian (Douglas Elliot David)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved