Pengundi muda tolak stigma tidak matang

Politics
20 Nov 2022 • 2:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Pengundi muda di Kiulu di sini, yang kali pertama mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU Ke-15) menolak stigma mereka kurang matang dan hanya mengikut parti pilihan keluarga, sebaliknya berpendirian tegas terhadap pendapat atau pilihan sendiri.

Aivie Lestyka Paulinus, 22, berasal dari Kampung Tompinahaton, Kiulu berkata, meskipun membesar di kawasan luar bandar tidak bermakna dia tidak peka isu semasa termasuk masalah rasuah, politik, ekonomi dan sebagainya kerana maklumat terbabit kini hanya di hujung jari.

“Dengan penggunaan teknologi serta capaian internet terkini, rakyat terdiri pelbagai peringkat umur boleh menentukan maklumat yang sahih dan lebih pantas.