Pengunjung Pesta Buku Dakwa Keracunan Makanan Lepas Beli Dekat Foodtruck

Entertainment
29 May 2023 • 1:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 yang berlangsung sejak Jumaat lalu dlihat mendapat sambutan yang begitu hangat, apabila Berita Harian membuat tinjauan dan mendapati bahawa World Trade Centre (WTC) menerima kehadiran luar biasa.

Pengerusi Pengelola PBAKL, Mohd Khair Ngadiron, berkata hampir 250,000 pengunjung direkodkan sepanjang semalam dan dijangka terus meningkat dan mampu mencapai sasaran awalnya, 1.3 juta orang dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.

Namun, dalam kemeriahan itu, ada berita yang kurang enak daripada salah seorang pengunjung di situ, katanya, dia terkena keracunan makanan setelah menjamah hidangan yang dijual di kawasan tersebut.

 

Dah 2 hari kena keracunan makanan

Menurut pengunjung Syahira Hozami menerusi Twitter miliknya, dia menggesa orang ramai yang ingin ke PBAKL 2023 untuk elakkan daripada membeli makanan yang dijual dekat foodtruck di kawatan WTC.

“Kawan-kawan, avoidlah kalau boleh makanan yg kat food truck area WTC, especially yg dah ready made dan served macam nugget-nugget cucuk-cucuk tu.”

Menurutnya, dia dah 2 hari terkena keracunan makanan dan ia menyiksa dirinya. Bagaimanapun, niatnya bukanlah untuk mengganggu periuk nasi peniaga tetapi sekadar teguran kepada peniaga-peniaga tersebut untuk bersikap tanggungjawab dan memastikan tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual.

“Tak sangka kena teruk sebab merasa je nuget adik dan pastu suruh dia buang jangan makan sebab rasa pelik. Mujur adik tak kena.”

Menjengah ke ruangan komen, ia membuatkan ramai netizen bimbang dan risau untuk mencuba makanan di situ, malah ada juga yang kongsikan pengalaman lebih kurang sama iaitu mendapat makanan yang hampir basi.

image is not available image is not available image is not available

Harap pihak-pihak berwajib melakukan tindakan sewajarnya dan peniaga dapat lah bersikap lebih bertanggungjawab.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved